Sunday, August 23, 2015

Kringgggggg tersentap aku dari tidur. Jam telah menunjukkan pukul 6:30 pagi. Ya Allah, sudah lewat rupanya....Aku bergesa gesa ke bilik anak anak ku utk mengejutkan mereka ke sekolah. Abang.... abang bangun dah masuk waktu subuh ni kejut adik2 yer. Matanya menahan kesilauan lampu neon putih yg menerangi bilik sambil menguap kecil. Alif dah bangun ni mama. Sejuk mata ku melihat Alif menjadi imam kepada adik2nya untuk solat subuh secara berjemaah. Aku tergesa gesa menuju ke bilik utk menunaikan solat subuh. Aku melihat wajah suamiku tersenyum manis memandangku. Honey cepat sikit dah lewat ni.  Abang... kenapa tak kejutkan Honey. Tengok sekarang dah lewat dah. Abang tengok Honey tidur lena, jadi tak sampai hati pulak abang nak kejutkan Honey sambil suamiku merangkul erat tubuhku dan mencium dahiku. Mama cepatlah dah lewat ni. Aku menghidupkan kereta Alza. Selesai solat subuh aku termenung mengenangkan kisah cinta yang paling agung telah aku lalui sendiri sepanjang hidupku. Kisah cinta ini bermula sejak aku di bangku sekolah. Sewaktu itu aku masih berada di tingkatan 1 Sekolah Menengah Kubang Kerian, Kota Bharu. Pada malam itu aku bersama kakak kandungku Azizan dan rakan karibku berjalan jalan disekitar rumahku. Kami tidak berani pergi jauh2 kerana bimbang bersua dengan bapa kami yang sangat garang. Kami tiba di kedai gunting rambut dan aku terpandang seorang budak lelaki yang sedang menunggu rakannya di dlm kedai gunting rambut tersebut. Budak lelaki itu memakai baju Melayu putih dan kain pelikat. Aku memang nakal sejak kecil lagi dan aku memang suka menyakat. Aku nampak budak yg